|
|
|
copyright 2009 © farismiow..^^
|
|
|
Kenapa ek aku tulis macam ni?
hehe, ini adalah kenyataan aku untuk semua.. aku ada hidup sendiri dan aku ada cara aku.
Setiap insan ada cerita mereka sendiri. mereka ada perjalanan hidup yang hebat. merekalah adalah hero dalam cerita mereka. dan bagi aku itulah yang terbaik dalam hidup kita iaitu jadi hero dalam cerita kita sendiri. kita adalah pengarang dalam cerita kita, jadi kita berhak mencorakkan cerita kita. Kan2?
Kenapa aku gambarkan hidup kita bagaikan movie box office kat pawagam? hehe, sebabnya adalah kerana, andai satu masa kita jatuh, kita masih ada semangat untuk bangkit. Alar, kan selalu kita tengok movie hindustan, hero dia mana pernah menang dulu, mesti kalah awal-awal. kan kan.. tapi time ending mesti menang besar...
hidup ini bagaikan roda, kejap kat atas, kejap kat bawah, tapi, kalau ada orang yang hidup dia selalu kat bawah tu aku tak tahula nak cakap macam mana, mungkin dia patut ubah hidup dia.. Hidup seseorang tidak akan berubah selagi dia tidak berusaha untuk mengubahkannya.. Macam tayar pancit, mana boleh berputar kalau kita tak tukar tayar pancit tu dan pam balik..
Dah kalu malas macam mana? erm, yang ini aku tak berani nak komen, sebab aku sendiri pun malas. Walaubagaimanapun,tak bereti kita harus malas selama-lamanya. sebagai contoh, sekarang aku dah ubah sikit-sikit, sekarang aku dah kemas bilik aku.Paling penting, aku rajin tulis kat blog aku..
Hidup ini sangat indah untuk dibiarkan tanpa erti.. Jadi, kita sebagai pengarang patut mencari hala tuju agar kita mampu menemukan erti hidup ini. caranya? terserah pada hati seseorang insan..
Hidup ini adalah untuk kita merasa dan mencari pengalaman. tanpa pengalaman hidup ini tak bermakna.. satu soalan aku tujukan, adakah kita ingin hidup bermakna atau hidup bersederhana?
nak pilih? tengok gambar dibawah....
Bagi yang memilih bermakna... atau hidup dipenuhi kenangan, pilihan anda adalah yang terbaik... anda akan berusaha sebaik mungkin dengan segala kerja yang anda lakukan. sebabnya? sebabnya adalah anda harap, kerja yang anda lakukan akan anda ingati dan kenang selama-lamanya.
Menjadi pengarang tidak bermakna kita berkuasa dalam mencorakakan hidup kita, kita ada agama, kita ada tuhan yang menentukan segalanya.. Tuhan menyediakan pilihan jalan untuk kita lalui, kita menentukan jalan yang kita lalu.. Pilihlah jalan yang terbaik, jalan yang mampu membawa kita ke tempat asal kita..
Akhir sekali, kalau tak paham apa yang aku tulis kat atas, jangan gelak, jangan sedih.. sebab aku sendiri tak paham kenapa aku tulis semua ni.. apapun thanks sebab baca..
|
|
|
|
|
|
Untuk makluman semua...mulai 2010 blog ini tidak apat lagi saya updatekan kerana semua isinya telah saya pindahkan ke
blog baru saya http://fariscj.blogspot.com...diharap rakan2 dapat menjadi follower saya yang baru di blog saya yang baru...dan saya juga mintak maaf sebab banyak post2 lama telah di"remove" kan maklumlah semuanya hasil kerja saya sendiri..hehehe..post2 lama saya dah updatekan balik kat blog baru..jangan lupe jadi follower k...hehe..:)
feel free to visit my blog http://fariscj.blogspot.com |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|